Jumaat, 4 Jun 2010

BISMILLAH

ALHAMDULILLAH DI MULAKAN DENGAN MEMUJI ALLAH S.W.T SERTA MEMOHON SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN RASULULLAH S.A.W, PARA SAHABAT DAN PARA UMATNYA YANG MEMPERTAHANKAN PERJUANGAN AGAMA YANG BENAR.

 SEMANGAT DALAM MENCARI ILMU PENGETAHUAN
" Berangkatlah kamu dalam keadaan ringan atau berat dan berjihadlah dengan diri dan harta kamu di jalan Allah S.W.T. "
(Surah At-Taubah 9:41)
Semangat keislaman yang tinggi sudah dapat di lihat pada setiap belia-belia di zaman para-para sahabat dimana kanak-kanak pada ketika itu sentiasa di dalam genggaman tangan kedua ibu bapa mereka bukan untuk dibelai dengan sifat kemanjaan yang berlebihan tetapi genggaman sebagai cahaya yang sentiasa menerangi hati dan jiwa anak-anak dengan kepentingan ajaran islam.
Cintailah anak-anak dengan rasa cinta berjiwa Islam semoga anak-anak juga belajar menyintai keindahan Islam. Dengan rasa Cinta Islam terdidiklah anak-anak yang berjiwa kental, semangat, kuat, sabar, sentiasa tenang untuk menghadapi segala ujian yang tiba dan tabah di uji dengan redho.      

         "WAHAI SAHABATKU..LIHATLAH WAJAH ANAK-ANAK KITA YANG DILAHIRKAN PENUH KESUCIAN INI DENGAN RASA KASIH DENGAN RASA SAYANG YANG SANGAT MENDALAM. JAUHILAH DARI RASA BEBAN APATAH LAGI DENGAN RASA BENCI. SESUNGGUHNYA DOA ANAK-ANAK KITA YANG SOLEH SOLEHAH INI MEMBERI "KEBAHAGIAAN & KETENANGAN" YANG ABADI UNTUK KITA DISANA KELAK."  AMIN.

ZURIAT YANG BAIK ADALAH DARI IBU BAPA YANG SENTIASA ISTIQAMAH DENGAN BAIK.

SIAPA AKU ?.

Dalam usia belasan tahun dan awal 20-an mmg usia yg tgh berkembang. (usia yg ingin mencari IDENTITI sendiri). Tetiba saya teringat satu kisah yg berlaku pada seorang SI GADIS yang berpakaian sopan tp berjiwa memberontak yg boleh dijadikan pengajaran.

Asalnya Si GADIS ini bersekolah agama dan tinggal di asrama sampai ke peringkat pengajian tinggi. Dia hanya seorang gadis biasa yang bercita-cita tinggi ingin menjadi seseorang yang disegani dan berjaya dalam kerjaya berjaya dalam hidupnya. Tapi dalam pada masa yang sama jiwanya sering memberontak inginkan KEBEBASAN. BEBAS memilih kerjaya, BEBAS dalam buat keputusan, BEBAS kemana saja tanpa pengawasan dari keluarga, saudara atau kawan2. Jiwanya ingin berhijrah di satu tempat yang asing dan nak mulakan satu kehidupan secara BERDIKARI.

Tapi inikan mustahil untuk seorang gadis berhijrah seorang diri. Tapi kerana keinginan yang sangat tinggi akhirnya tamat saja pengajian Si Gadis ini berhijrah juga seorang diri ke negeri yang asing bg dirinya. Ibu bapanya hanya mampu mengalirkan AIRMATA dgn kedegilan anaknya sehinggakan menjadi kes polis kerana menyangka anaknya LARI dari RUMAH.

Bermula EPISOD BARU sebagai Si GADIS yg berdikari. Dia berhijrah bukan hasutan sesiapa walaupun ada sesetengah mengatakan ini hasutan seseorang yg bernama lelakii. Sedangkan Si Gadis itu sendiri tak percayakan lelaki. Namun begitu dalam masa yg sama ada seorang TEMAN yg begitu setia menanti JAWAPAN dr Si Gadis tapi Si Gadis tetap melangkah pergi dgn keputusannya dan dgn begitu yakin dia melangkah memulakan kerjayanya.

Pelbagai kerjaya yang Si Gadis mencuba bermula sebagai JURUWANG di stesyen minyak ESSO Sg.Petani, berhijrah pula ke Perlis bekerja sbg GURU TADIKA, kemudian ke K.L hampir2 bekerja sbg PEMBANTU RUMAH, kemudian ke Shah Alam sbg KERANI DATA, kemudian ke simpang Kuala,Alor star sbg JURUJUAL dr rumah ke rumah(direct selling), kemudian ke Pulau Pinang dan hampir2 BEKERJA KILANG, kemudian ke Buterworth bekerja sebagai AGEN kelas tusyen B.i, kemudian Si Gadis menyewa sebuah rumah di kampung dgn seorang tok yg meminta MENGAJAQ cucunya MENGAJI, Si Gadis di minta ketua kampung MENGAJAQ TUITION untuk budak2 kampung yg akan menduduki UPSR, kemudian kembali semula ke bandar asalnya Alor Star dan bekerja sbg PEMBANTU KLINIK,

Sepanjang tempoh dalam 2 tahun lebih Si Gadis mendapat pengalaman dalam pelbagai kerjaya yang pastinya REZEKI HALAL. Si Gadis ini kuat semangat kerana dia sentiasa ingat untuk berdiri dihadapan sejadah untuk BERSOLAT.Sepanjang tempoh ini jugak pelbagai dugaan yang datang, difitnah, di aniayai, ditipu, dimarah, dicaci, segala pahit manis SI GADIS TABAH harungi sendiri hanya ditemani TAWA & AIRMATA tp Si Gadis tetap BAHAGIA kerana IMPIAN untuk BERDIKARI terlaksana jua sebelum melangkah ke alam PERKAHWINAN yg lain kehidupannya.

Tempoh BERDIKARI Si Gadis seorang diri SUDAH TAMAT.

KINI BERMULA ALAM MEMBINA MAHLIGAI KASIH.Tiba2 TEMAN SETIA yg menunggu JAWAPAN Si Gadis datang melamar dgn harapan yg sangat IKHLAS. Akhirnya terjadinya IJAB & QABUL yg menyatukan DUA INSAN SEHATI SEJIWA SALING SETIA.

Di Awal alam perkahwinan masih Si Gadis masih terbawa2 nak berusaha cari duit sendiri tanpa bantuan suami. Si Gadis mula bekerja kembali sbg KERANI KEWANGAN di Perodua Alor Star, kemudian mengikut suami ke Langkawi, bekerja sbg KERANI DATA.

Sehinggalah Si Gadis mendapat HADIAH yang paling INDAH dalam hidupnya ZURIAT. kini kerjaya tetap Si Gadis hanyalah sebagai ANAK yang sentiasa kasih & sayangkan ibu bapanya, ISTERI yg sentiasa cinta & setia disisi suaminya, MENANTU yg sentiasa menghormati mentuanya, IBU yang sentiasa mendidik dan menjadi sahabat baik pada anak-anaknya, KEKASIH yg setiap hari cintakan suaminya, SAHABAT yg sentiasa rindukan kawan-kawannya, dan KERJAYA paling indah kini untuk Si Gadis adalah sentiasa mendekatkan diri dengan MAHA PENCIPTA.
ALLAHHU AKBAR.

(Siapa SI GADIS ? itulah AKU).

P/S: TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. SAYA SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN YANG BANYAK MENGAJAR DIRI TENTANG KEHIDUPAN, TENTANG KASIH SAYANG, TENTANG PENGORBANAN DAN SENTIASA BERSYUKUR DENGAN APA DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. SESUNGGUHNYA APA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH SWT DAN APA YANG KURANG ITU ADALAH DARI KELEMAHAN DIRI SENDIRI.

SUAMI TEMAN HIDUPKU DIDUNIA HINGGA DISYURGA.

AKU BERSYUKUR MEMILIKI SEORANG SUAMI YANG SANGAT BAIK TERHADAPKU. SANGAT ADIL KEPADA KELUARGA, IBU BAPA, ADIK-BERADIK, SAHABAT, JIRAN TETANGGA TANPA MENGIRA BANGSA DAN JUGA SANGAT BAIK TERHADAP SAUDARA SESAMA ISLAM.


SUAMIKU,
WALAUPUN DIRIMU TEGAS DALAM BERKATA-KATA, BERDISPLIN DALAM KERJAYA HAKIKATNYA DIRIMU SEORANG INSAN, SEORANG ANAK, SEORANG MENANTU, SEORANG SUAMI, SEORANG AYAH, SEORANG TEMAN YANG SANGAT BERHATI MULIA. DIRIMU SENTIASA BERSANGKA BAIK DAN BERSIKAP POSITIF PADAKU.


DI SAAT AKU MEMERLUKANMU, DIRIMU SENTIASA ADA DISISIKU
DI SAAT AKU BERSEDIH, DIRIMU MENGEMBIRAKANKU DGN TELATAH LUCUMU
DI SAAT AKU GEMBIRA, DIRIMU SENYUM PADAKU
DI SAAT AKU CEMBURU, DIRIMU TENANGKAN JIWAKU
DI SAAT AKU MARAH, DIRIMU SABAR DGN KERENAHKU
DI SAAT AKU BERMASAALAH, DIRIMU MEMBERI SEMANGAT POSITIF UNTUKKU
DI SAAT AKU INGIN BERBICARA, DIRIMU MENJADI PENDENGAR YG SETIA
DI SAAT AKU MEMERLUKAN BIMBINGAN, DIRIMU MEMIMPINKU DGN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN


SUAMIKU
SEJAK DIRIMU MELAFAZKAN KATA CINTA UNTUKKU
DIRIMU SENTIASA MENGANGGAP DIRIKU CIPTAAN TERISTIMEWA DLM HIDUPMU
TERLALU BESAR PENGORBANANMU
TERLALU DALAM KEPERCAYAANMU
TERLALU LUAS KESETIAANMU
TERLALU INDAH KEPERIHATINANMU
TERLALU ISTIMEWA KASIH SAYANGMU
SEGALANYA
DIRIMU HADIAHKAN UNTUKKU


SUAMIKU
TERIMA KASIH, KEKASIHKU
MENYINTAIKU SEIKHLAS JIWAMU
MENYAYANGI ANAK-ANAK KITA DGN SETULUS HATIMU
SENTIASA MENDIDIKKU MENJADI SEORANG INSAN, SEORANG ANAK YG BAIK SEPERTIMU
SENTIASA MEMBIMBINGKU MENJADI SEORANG ISTERI DAN IBU MITHALI


SUAMIKU
KEJUJURANMU, KEPERCAYAANMU, KESETIAANMU, KASIH SAYANGMU, KEIKHLASANMU
MEMBUATKAN KITA SENTIASA BERKONGSI SEGALA PAHIT MANIS BERSAMA
BERKONGSI RAHSIA DAN KUAT BERPEGANG PADA JANJI KITA


SUAMIKU
DOAKU,
SEMOGA DIRIMU BERJAYA DGN KERJAYAMU DI IRINGI DGN REZEKI YANG HALAL
REZEKI YANG DI BERKATI ALLAH SWT
SEMOGA DIRIMU SENTIASA BAHAGIA DISISIKU DAN ANAK-ANAK
SEMOGA DIRIMU SENTIASA MEMBIMBINGKU DAN ANAK-ANAK KITA KE JALAN YANG DI REDHOI
ALLAH SWT
SEMOGA DIRIMU&DIRIKU SALING SETIA HINGGA KE SYURGA DISISI ANAK-ANAK TERCINTA
SEMOGA DIRIMU SENTIASA TENANG DIDALAM LINDUNGAN ALLAH SWT
SEMOGA DIRIMU MENJADI SEORANG MUSLIM YANG KUAT MEMPERJUANGKAN AGAMA KITA YANG BENAR, AGAMA ISLAM.
ALLAHHU AKBAR.
AMIN.


LUAHAN RASA BISIKAN IKHLAS
DR ISTERIMU NUR SYUHAIRAH BT RIDZUWAN
HANYA UNTUK SUAMIKU
YANG SENTIASA MEMANGGILKU 'HOURI'
YANG SENTIASA MENGANGGAP DIRIKU 'BIDADARI' DLM HIDUPMU
MOHD MUSLIM BIN MD.YATIM
NAMA SUAMIKU
KETAHUILAH ISTERIMU SANGAT MENYINTAIMU
SEJAK DIRIMU MELAFAZKAN IJAB & QABUL
DAN MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN
SBG MAHAR PERKAHWINAN KITA, ATAS PERMINTAANKU
TERIMA KASIH
SUAMIKU YANG AMATKU KASIHI


SALAM TERISTIMEWA BUAT SUAMIKU DR ISTERIMU 'HOURI' .


ANAKKU 
 ALHAMDULILLAH. AKU TERIMA BERITA YANG PALING MEGGEMBIRAN AKU WAKTU HUJUNG TAHUN 2006 AKU MENGANDUNG 8 MINGGU SELEPAS DAHULU KANDUNGAN PERNAH ADA MASALAH. INI KIRANYA KANDUNGANKU YANG KEDUA. SETIAP HARI AKU LALUI KEHIDUPAN DGN PENUH SEMANGAT DEMI ANAKKU.
AKU RINDU SGT NAK MEMBELAI DAN MENYAYANGI ANAKKU SEPENUH JIWA. DAHULU MUNGKIN AKU TERLEKA HINGGA KESIHATANKU TERJEJAS. AKU MENARUH HARAPAN YANG TINGGI UNTUK MENYAMBUT ANAKKU INI DENGAN SELAMAT.

SETIAP SAAT SETIAP HARI..IBU SLALU BERBICARA DGN ANAK IBU..IBU BERBISIK IBU RINDU SAYANG NAK TATAP WAJAH ANAK IBU..SEMOGA ANAK IBU MENJADI ANAK YANG KUAT IMANNYA..ANAK YANG AKAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM YANG BENAR..AMIN.

TANGGAL PENGHUJUNG APRIL KANDUNGAN SUDAH MENCECAH 7 BULAN. AKU DAPAT RASA SESUATU YANG AGAK LAIN DGN KANDUNGANKU..KENAPA ANAK IBU KURANG BERGERAK?..ANAK IBU TIDOQ YA?.. SIAN ANAK IBU..IBU SIBUK BEKERJA..ANAK IBU TENTU LETIH..SETIAP KALI TERLELAP TERASA ANAK MEMANGGIL IBU..IBU..IBU..ADA MASA TETIBA JA RASA SAYU..RASA SEDIH..KENAPA YA? MUNGKIN PERASAANKU SAJA KUT..BANYAK SGT BERFIKIR..

ESOKNYA AKU TERASA TERINGIN SKALI NAK TENGOK KEADAAN ANAK DI DALAM KANDUNGANKU..SIHATKAH ANAK IBU? DI HOSPITAL DOKTOR DGN YAKIN KATA ANAKKU SIHAT MUNGKIN CUMA SAIZ TUBUHNYA KECIL SAJA. ALHAMDULILLAH YANG PENTING ANAKKU SIHAT. TAPI KENAPA AKU TAK YAKIN DGN KATA2 DOKTOR..NALURI SEORANG IBU KUAT MENGATAKAN ANAK AKU INGIN SAMPAIKAN SESUATU..AKU MESTI JUMPA DOKTOR LG..AKU AJAK SUAMIKU WALAUPUN ABANG SEBENAQNYA RASA AKU MUNGKIN TERTEKAN DAN BYK BERFIKIR..TP SUAMIKU SEORANG TEMAN YG SETIA TETAP MENEMANIKU SBB NAK BUAT AKU LEBIH TENANG..KAMI JUMPA DOKTOR DI KLINIK SWASTA (PAKAR MAHSURI JITRA).

SEPANJANG DI KLINIK..AKU BERDOA SEMOGA AKU DAPAT BERITA YANG POSITIF YANG MEYAKINKANKU ANAKKU SIHAT..BILA NAMA AKU DI PANGGIL JANTUNG BERDEGUP KUAT SGT..APA YG DOKTOR NAK CAKAP NI? RISAU AKU?
DOKTOR SCAN..DAN DOKTOR TUNJUKKAN TULANG BELAKANG ANAKKU..SEMPURNA SIHAT..TANGAN KAKI..SIHAT..SEMUA BENTUK FIZIKAL DALAM DAN LUAR SEMPURNA..JANTUNG SEMPURNA..CUMA SATU..KATA DOKTOR DENGAN TENANG SUPAYA AKU BERSABAR..KATA DOKTOR..JANTUNG ANAKKU DAH BERHENTI BERDEGUP.

YA ALLAH SWT..

AKU DAN SUAMIKU MENDENGAR DENGAN REDHO..AKU TAHU DARI SENYUMAN ABANG UNTUK KUATKAN SEMANGAT AKU..TERIMA KASIH ABANG HADIAH SENYUMAN UNTUK AKU..SENYUMAN YG BUAT AKU KUAT WALAUPUN AKU TAHU ABANG JUGA SAMA SEPERTIKU RASA NAK MENANGIS SEPUASNYA..KAMI RASA CUKUP DGN TITISAN AIRMATA DI IRINGI SENYUMAN..AKU TAHU ANAKKU PERGI DGN AMAN DAN TENANG..PERGI BERTEMU DGN YANG MAHA KUASA..PERGI KEPADA YANG LEBIH MENYAYANGI ANAKKU.
ANAK IBU SAYANG..ABAH LETAKKAN NAMAMU HURUL'AIN MAKNANYA ''CAHAYA MATAKU BIDADARI DISYURGA''..ANAKKU..IBUMU DAN JUGA ABAHMU REDHO DAN RASA BAHAGIA KERANA ANAK IBU PERGI DALAM KEADAAN YANG SUCI BERSIH..PERGI KE TEMPAT YANG ABADI IAITU SYURGA YANG INDAH..TUNGGU IBU DAN ABAH YA, SAYANG.

ALHAMDULILLAH TANGGAL 07.05.2007..JAM 8.35 MALAM..AKU MELAHIRKAN HURUL 'AIN DENGAN SELAMAT DAN SEMPURNA..AKU TATAP WAJAH MERAH ANAKKU SEPUASNYA..COMELNYA ANAK IBU..SANGAT COMEL..AKU RASA TENANG DAN BOLEH TERSENYUM DGN IKHLAS..AKHIRNYA IBU DAPAT DAKAP ANAK IBU..BELAI ANAK IBU..SENTUH JARI HALUS ANAK IBU..URUT UBUN KEPALA ANAK IBU..LEGA RASANYA..ANAKKU..ABAH NAK DAKAP DIRIMU JUGA..TERIMA KASIH ABANG SEMPURNAKAN JENAZAH ANAK KITA DGN BAIK.
ALHAMDULILLAH..MUDAHNYA URUSKAN JENAZAH ANAKKU.. KEBETULAN SEWAKTU NAK SOLAT JENAZAH..ADA SEKUMPULAN MUSAFIR DATANG..GOLONGAN TABLIGH SEDANG SEMPURNAKAN JENAZAH ORANG LAIN..KEMUDIAN MENYEMPURNAKAN SOLAT UNTUK ANAKKU..YA ALLAH SWT..TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA KURNIAAN-MU.

WAHAI ANAKKU HURUL 'AIN..KAMU ADA SAUDARA SBLM KAMU..ANAK IBU JUGAK YG PERGI TERLEBIH DAHULU SBLMMU..SAYANG..ANAK-ANAK IBU..BERBAHAGIALAH KAMU DI SANA..DI SISI MAHA PENCIPTA..MAHA PENYAYANG..IBU AKAN DATANG BILA TIBA MASA IBU..
ANAK-ANAKKU..IBU BERSYUKUR SANGAT DI SEBALIK UJIAN YANG IBU LALUI..IBU TAHU TENTU ALLAH SWT NAK HADIAHKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK IBU DAN ABAH.

ALHAMDULILLAH AWAL TAHUN 2008..AKU DISAHKAN DOKTOR MENGANDUNG 5 MINGGU..YA ALLAH SWT..HAMBA-MU INI SANGAT BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMAT-MU INI YA ALLAH SWT..
ALHAMDULILLAH..19.11.2008 JAM 8.35 MALAM (WAKTU LAHIR YG SAMA DGN HURUL 'AIN)..LAHIRNYA ANAKKU ''MUHAMMAD 'ABDUR ROBBUN NABI BIN MOHD MUSLIM''..DITEMANI SUAMIKU..MELAUNGKAN AZAN DAN IQAMAT DI TELINGA KANAN DAN KIRI ANAKKU..YA MUHAMMAD 'ABDUR ROBBUN NABI BIN MOHD MUSLIM..ANAK IBU YANG SANGAT COMEL..SANGAT BAIK..SANGAT MEMAHAMI IBU..SANGAT CERDIK..ANAK YANG SOLEH..ANAK YANG SANGAT SUKA MENDENGAR AZAN DAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN..ANAK YANG SUKA MENEMANI IBU KETIKA IBU MENUNAIKAN SOLAT..SUKA MENADAH TANGAN KETIKA MENDENGAR DOA..SUNGGUH INDAH CIPTAAN-MU YA ALLAH S.W.T..ALHAMDULILLAH.

WAHAI ANAKKU MUHAMMAD..MARI TEMANKAN IBU LAWAT SAUDARA SEBELUMMU..''SUCI'' DAN KAKAKMU ''HURUL 'AIN BINTI MOHD MUSLIM''.

SALAM KASIH BUAT SUAMIKU YANG SETIA MENEMANIKU DI SAAT AKU MEMERLUKANNYA..TERIMA KASIH SUAMIKU.

TERIMA KASIH JUGAK UNTUK SANAK-SAUDARA, JIRAN-TETANGGA DAN SAHABAT YANG SENTIASA MEMBERI SOKONGAN YANG POSITIF UNTUKKU.

ABAH AKAN SENTIASA MENYAYANGI ANAK-ANAK ABAH.
ARWAH HURUL 'AIN BINTI MOHD MUSLIM.
KITA JUMPA DI SANA ANAKKU
TUNGGU IBU YA, SAYANG. IBU AKAN SENTIASA MERINDUIMU DAN MENYAYANGI ANAK-ANAK IBU.

KEKASIH IDAMANKU

KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG INSAN YANG BERIMAN
YANG HATINYA DI SALUT RASA TAQWA KEPADA ALLAH S.W.T
YANG JIWANYA PENUH PENGHAYATAN TERHADAP ISLAM
YANG SENTIASA DAHAGAKAN PAHALA
YANG SOLAT ADALAH MARUAH DIRINYA
YANG TIDAK PERNAH TAKUT BERKATA BENAR
YANG TIDAK PERNAH GENTAR MELAWAN HAWA NAFSU
YANG SENTIASA BERSAMA GOLONGAN YANG BERJUANG DI JALAN ALLAH S.W.T

KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG INSAN MENJAGA TUTUR KATANYA
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN ILMU YANG DI MILIKINYA
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN HARTA DUNIA YANG DI CARINYA
YANG MEMPUNYAI RAMAI SAHABAT DAN TIDAK SUKA BERMUSUH

KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG INSAN YANG MENGHORMATI IBUNYA
YANG SENTIASA BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA DAN KELUARGANYA
YANG BAKAL MENJAGA KERUKUNAN RUMAH TANGGANYA
YANG AKAN MENDIDIK ANAK-ANAKNYA DENGAN ILMU DUNIAWI DAN UKHRAWI
YANG SENTIASA MENGAMALKAN HIDUP PENUH KESEDERHANAAN
KERANA BAGINYA DUNIA ADALAH MAHLIGAI PERSINGGAHAN SEMENTARA MENUJU AKHIRAT

KEKASIH IDAMANKU SENTIASA BERSEDIA MENJADI PEJUANG ISLAM
YANG HIDUP DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN
YANG BOLEH DI AJAK BERBINCANG
YANG MENJAGA MATANYA DARI BERBELANJA
YANG SUJUDNYA PENUH KESYUKURAN DENGAN RAHMAT ALLAH S.W.T

KEKASIH IDAMANKU TAK PERNAH MEMBAZIRKAN MASA
MATANYA KEPENATAN KERANA PENAT MEMBACA ILMU YANG BAIK
SUARANYA LESU KERANA SENTIASA MENGAJI DAN BERZIKIR
TIDURNYA LENA DI ULIT OLEH SINAR KEIMANAN
BANGUN SUBUH DENGAN PENUH KECERGASAN
KERNA SEHARI LAGI DI USIANYA BERTAMBAH PENUH KEMATANGAN

KEKASIH IDAMANKU SENTIASA MENGINGATI MATI
YANG BAGINYA DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT
YANG MANA BUAH KEHIDUPAN PERLU DI JAGA DAN DI BAJA
AGAR KELAK BERPUTIK TUNAS YANG BAKAL MENJADI BAKA YANG BAIK
YANG AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN ISLAM

KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG SUAMI
YANG TIDAK TERPESONA DENGAN BUATAN DUNIA
KERANA DIA MENGIMPIKAN SYURGA NAN ABADI
DI SITULAH MAHLIGAI KASIH IDAMANNYA
DAN DIA AKAN MEMBAWA DIRIKU BERSAMANYA
SEBAGAI SEORANG 'ISTERI' YANG HALAL
BAGINYA DIRIKU ADALAH 'BIDADARI' YANG SETIA
MENEMANIYA SEPANJANG MASA HINGGA DI SYURGA SANA

DIALAH KEKASIH IDAMANKU
MOGA AKU AKAN SENTIASA BAHAGIA DISISINYA
BERSAMA ANAK-ANAK TERCINTA
DI BAWAH PAYUNG RAHMAT ALLAH S..W.T
AMIN.
MUHAMMAD 'ABDUR ROBBUN NABI BIN MOHD MUSLIM. BAKAL IMAM YG BERJAYA DALAM HIDUPNYA, AMIN.

MARHABAN RAMADHAN YANG DI RINDUI.

MARHABAN RAMADHAN YANG DI RINDUI.

Seperti seorang kekasih, selalu diharap-harap kedatangannya. Rasanya tak ingin berpisah sekalipun cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadits yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus." Sesungguhnya, ada apanya di dalam Ramadhan itu, ikutilah berikut ini:

1. Gelar taqwa
Taqwa adalah gelar tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai hamba Allah. Tidak ada gelar yang lebih mulia dan tinggi dari itu. Maka setiap hamba yang telah mampu meraih gelar taqwa, ia dijamin hidupnya di surga dan diberi kemudahan-kemudahan di dunia. Dan puasa adalah
sarana untuk mendapatkan gelar taqwa itu.
"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (QS al-Baqarah: 183)
Kemudahan-kemudahan yang diberikan Allah kepada hambanya yang taqwa, antara lain:

a. Jalan keluar dari semua masalah
Kemampuan manusia amat terbatas, sementara persoalan yang dihadapi begitu banyak. Mulai dari masalah dirinya, anak, istri, saudara, orang tua, kantor dan sebagainya.
Tapi bila orang itu taqwa, Allah akan menunjukkan jalan berbagai persoalan itu. Bagi Allah tidak ada yang sulit, karena Dialah pemilik kehidupan ini.

"..Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar." (QS. Ath Thalaaq: 2)
"..Dan barang siapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya." (QS. Ath Thalaaq: 4)

b. Dicukupi kebutuhannya
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya...."(QS. Ath Thalaaq: 3)

c. Ketenangan jiwa, tidak khawatir dan sedih hati
Bagaimana bisa bersedih hati, bila di dalam dadanya tersimpan Allah. Ia telah menggantungkan segala hidupnya kepada Pemilik kehidupan itu sendiri. Maka orang yang selalu mengingat-ingat Allah, ia bakal memperoleh ketenangan.

"Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-KU, maka barangsiapa bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (QS. al-A'raaf: 35)

2. Bulan pengampunan
Tidak ada manusia tanpa dosa, sebaik apapun dia. Sebaik-baik manusia bukanlah yang tanpa dosa, sebab itu tidak mungkin. Manusia yang baik adalah yang paling sedikit dosanya, lalu bertobat dan bernjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi.
Karena dosa manusia itu setumpuk, maka Allah telah menyediakan alat penghapus yang canggih. Itulah puasa pada bulan Ramadhan. Beberapa hadis menyatakan demikian, salah
satunya diriwayatkan Bukhari Muslim dan Abu Dawud, "Barangsiapa berpuasa pada bulan
Ramadhan karena keimanannya dan karena mengharap ridha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."

3. Pahalanya di lipatgandakan
Tidak hanya pengampunan dosa, Allah juga telah menyediakan bonus pahala berlipat-lipat kepada siapapun yang berbuat baik pada bulan mulia ini. Rasulullah bersabda, "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipad gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya." (HR. Bukhari Muslim).
Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakana amalan wajib (HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah). Maka perbanyaklah amal dan ibadah, mumpung Allah menggelar obral pahala.

4. Pintu surga dibuka dan neraka ditutup
"Kalau datang bulan Ramadhan terbuka pintu surga, tertutup pintu neraka, dan setan-setan terbelenggu."(HR Muslim) Kenapa pintu surga terbuka? Karena sedikit saja
amal perbuatan yang dilakuka n, bisa mengantar seseorang ke surga. Boleh diibaratkan, bulan puasa itu bulan obral. Orang yang tidak membeli akan merugi. Amal sedikit saja dilipatgandakan ganjarannya sedemikian banyak. Obral ganjaran itu untuk mendorong orang melakukan amal-amal kebaikan di bulan Ramadhan. Dengan demikian otomatis pintu neraka tertutup dan tidak ada lagi kesempatan buat setan menggoda
manusia.

5. Ibadah istimewa
Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah lewat hadis qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya karena ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya karena Aku." (HR Bukhari Muslim) Menurut Quraish Shihab, ahli tafsir kondang dari IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta, puasa dikatakan untuk Allah dalam arti untuk meneladani sifat-sifat Allah. Itulah subtansi puasa.
Misalnya, dalam bidang jasmani, kita tahu Tuhan tidak beristri. Jadi ketika berpuasa dia tidak boleh melakukan hubungan seks. Allah tidak makan, tapi memberi makan. Itu diteladani, maka ketika berpuasa kita tidak makan, tapi kita memberi makan. Kita dianjurkan untuk mengajak orang berbuka puasa. Ini tahap dasar meneladani Allah.

Masih ada tahap lain yang lebih tinggi dari sekedar itu. Maha Pemurah adalah salah satu sifat Tuhan yang seharusnya juga kita teladani. Maka dalam berpuasa, kita dianjurkan banyak bersedekah dan berbuat kebaikan. Tuhan Maha Mengetahui. Maka dalam berpuasa, kita harus banyak belajar. Belajar bisa lewat membaca al-Qur'an, membaca kitab-kitab yang bermanfaat, meningkatkan pengetahuan ilmiah.

Allah swt setiap saat sibuk mengurus makhluk-Nya. Dia bukan hanya mengurus manusia. Dia juga mengurus binatang. Dia mengurus semut. Dia mengurus rumput-rumput yang bergoyang. Manusia yang berpuasa meneladani Tuhan dalam sifat-sifat ini, sehingga dia harus selalu dalam kesibukan.

Perlu ditekankan meneladani Tuhan itu sesuai dengan kemampuan kita sebagai manusia. Kita tidak mampu untuk tidak tidur sepanjang malam, tidurlah secukupnya. Kita tidak mampu untuk terus-menerus tidak makan dan tidak minum. Kalau begitu, tidak makan dan saja.

6. Dicintai Allah
Nah, sesesorang yang meneladani Allah sehingga dia dekat kepada-Nya. Bila sudah dekat, minta apa saja akan mudah dikabulkan. Bila Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadis Qudsi, "Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan
untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya." (HR Bukhari)

7. Do'a dikabulkan
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, katakanlah bahwa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang berdo'a apabila dia berdo'a, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku." (QS. al-Baqarah: 186)
Memperhatikan redaksi kalimat ayat di atas, berarti ada orang berdo'a tapi sebenarnya tidak berdo'a. Yaitu do'anya orang-orang yang tidak memenuhi syarat. Apa syaratnya? "maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku."

Benar, berdo'a pada Ramadhan punya tempat khusus, seperti dikatakan Nabi saw, "Tiga do'a yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan do'anya orang teraniaya. Allah mengangkat do'anya ke awan dan membukakan pintu-pintu langit. 'Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang." (HR Ahmad
dan Tirmidzi)

Namun harus diingat bahwa segala makanan yang kita makan, kecucian pakaian, kesucian tempat, itu punya hubungan yang erat dengan pengabulan do'a. Nabi pernah bersabda,
ada seorang yang sudah kumuh pakaiannya, kusut rambutnya berdo'a kepada Tuhan. Sebenarnya keadaannya yang kumuh itu bisa mengantarkan do'anya dia diterima. Tapi kalau makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya yang dipakainya terambil dari barang yang haram, bagaimana bisa dikabulkan doa'nya?

Jadi do'a itu berkaitan erat dengan kesucian jiwa, pakaian dan makanan. Di bulan Ramadhan jiwa kita diasah hingga bersih. Semakin bersih jiwa kita, semakin tulus kita, semakin bersih tempat, pakaian dan makanan, semakin besar kemungkinan untuk dikabulkan do'a.

8. Turunnya Lailatul Qodar
Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Saking mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan (QS. al-Qadr).
Dikatakan mulia, pertama lantaran malam itulah awal al-Qur'an diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah dijatuhkan pada malam itu.
Beberapa hadits shahih meriwayatkan malam laulatul qodar itu jatuh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Seperti dirawikan Imam Ahmad, "Lailatul qadar adalah di akhir bulan Ramadhan tepatnya di sepuluhb terakhir, malam keduapuluh satu atau duapuluh tiga atau duapuluh lima atau duapuluh tujuh atau duapuluh sembilan atau
akhir malam Ramadhan. Barangsiapa mengerjakan qiyamullail (shalat malam) pada malam tersebut karena mengharap ridha-Ku, maka diampuni dosanya yang lampau atau yang akan datang."

Mengapa ditaruh diakhir Ramadhan, bukan pada awal Ramadhan? Rupanya karena dua puluh malam sebelumnya kita mengasah dan mengasuh jiwa kita. Itu adalah suatu persiapan untuk menyambut lailatul qodar.

Ada dua tanda lailatul qadar. Al Qur'an menyatakan, "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat JIbril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar. (QS al-Qadr: 4-5)

Malaikat bersifat gaib, kecuali bila berubah bentuk menjadi manusia. Tapi kehadiran malaikat dapat dirasakan. Syekh Muhammad Abduh menggambarkan, "Kalau Anda menemukan sesuatu yang sangat berharga, di dalam hati Anda akan tercetus suatu bisikan, 'Ambil barang itu!' Ada bisikan lain berkata, 'Jangan ambil, itu bukan milikmu!' Bisikan pertama adalah bisikan setan. Bisikan kedua adalah bisikan malaikat." Dengan demikian, bisikan malaikat selalu mendorong seseorang untuk melakukan hal-hal positif. Jadi kalau ada seseorang yang dari hari demi hari sisi kebajikan dan positifnya terus bertambah, maka yakinlah bahwa ia telah bertemu dengan lailatul qodar.

9. Meningkatkan kesehatan
Sudah banyak terbukti bahwa puasa dapat meningkatkan kesehatan. Misalnya, dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat istirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan kurang lebih delapan jam. Empat jam diproses di dalam
lambung dan empat jam di usus kecil (ileum). Jika malam sahur dilakukan pada pukul 04.00 pagi, berarti pukul 12 siang alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 siang sampai waktu berbuka, kurang lebih selama enam jam, alat pencernaan mengalami istirahat total.

Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang dilakukan para ahli kesehatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali.
Penambahan jumlah sel darah putih secara otomatis akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Menghambat perkembangan atau pertumbuhan bakteri, virus dan sel kanker. Dalam tubuh manusia terdapat parasit-parasit yang menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan pemasukan makanan, maka kuman-kuman penyakit seperti bakteri-bakteri dan sel-sel kanker tidak akan bisa bertahan hidup. Mereka akan keluar melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.

Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun kotoran dan ampas, mempercepat regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam lambung, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan syaraf.

10. Penuh harapan
Saat berpuasa, ada sesuatu yang diharap-harap. Harapan itu kian besar menjelang sore. Sehari penuh menahan lapar dan minum, lalu datang waktu buka, wah... rasanya lega sekali. Alhamdulillah. Itulah harapan yang terkabul. Apalagi harapan bertemu Tuhan, masya' Allah, menjadikan hidup lebih bermakna. "Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, yaitu tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya." (HR. Bukhari).


11. Masuk surga melalui pintu khusus, Rayyaan
"Sesungguhnya di surga itu ada sebuah pintu yang disebut rayyan yang akan dilewati oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti, tidak diperbolehkan seseorang melewatinya selain mereka. Ketika mereka dipanggil, mereka akan segera bangkit dan masuk semuanya kemudian ditutup." (HR. Bukhari)

Minum air telaganya Rasulullah saw :
"Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka itu menjadi ampunan bagi dosa-dosanya, dan mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang lain. Mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah,
tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.' Beliau berkata, 'Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau sesisip susu...Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telagak dimana ia tidak akan haus hingga masuk surga." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

12. Berkumpul dengan sanak keluarga
Pada tanggal 1 Syawal ummat Islam merayakan Hari Raya Idhul Fitri. Inilah hari kemenangan setelah berperang melawan hawa nafsu dan syetan selama bulan Ramadhan. Di Indonesia punya tradisi khusus untuk merayakan hari bahagia itu yang disebut Lebaran. Saat itu orang ramai melakukan silahtuhrahim dan saling memaafkan satu dengan yang lain. Termasuk kerabat-kerabat jauh datang berkumpul. Orang-orang yang
bekerja di kota-kota pulang untuk merayakan lebaran di kampung bersama kedua orang tuanya. Maka setiap hari Raya selalu terjadi pemandangan khas, yaitu orang berduyun-duyun dan berjubel-jubel naik kendaraan mudik ke kampung halaman.
Silahturahim dan saling memaafkan itu menurut ajaran Islam bisa berlangsung kapan saja. Tidak mesti pada Hari Raya. Tetapi itu juga tidak dilarang. Justru itu momentum bagus. Mungkin, pada hari biasa kita sibuk dengan urusan masing-masing, sehingga tidak sempat lagi menjalin hubungan dengan tetangga dan saudara yang lain.
Padahal silahturahim itu dianjurkan Islam, sebagaimana dinyatakan hadis, "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahmi!" (HR. Bukhari)

13. Qaulan tsaqiilaa
Pada malam Ramadhan ditekankan (disunnahkan) untuk melakukan shalat malam dan tadarus al-Qur'an. Waktu paling baik menunaikan shalat malam sesungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir (QS Al Muzzammil: 3). Tetapi demi kesemarakan syiar Islam pada Ramadhan ulama membolehkan melakukan terawih pada awal malam setelah
shalat isya' dengan berjamaah di masjid. Shalat ini populer disebut shalat tarawih. Shalat malam itu merupakan peneguhan jiwa, setelah siangnya sang jiwa dibersihkan dari nafsu-nafsu kotor lainnya. Ditekankan pula usai shalat malam untuk membaca Kitab Suci al-Qur'an secara tartil (memahami maknanya). Dengan membaca Kitab Suci itu seseorang bakal mendapat wawasan-wawasan yang luas dan mendalam, karena al-Qur'an memang sumber pengetahuan dan ilham.

Dengan keteguhan jiwa dan wawasan yang luas itulah Allah kemudian mengaruniai qaulan tsaqiilaa (perkataan yang berat). Perkataan-perkataan yang berbobot dan berwibawa.
Ucapan-ucapannya selalu berisi kebenaran. Maka orang-orang yang suka melakukan shalat malam wajahnya bakal memancarkan kewibawaan.

14. Hartanya tersucikan
Setiap Muslim yang mampu pada setiap Ramadhan diwajibkan mengeluarkan zakat. Ada dua zakat, yaitu fitrah dan maal. Zakat fitrah besarnya 2,5 kilogram per orang berupa bahan-bahan makanan pokok. Sedangkan zakat maal besarnya 2,5 persen dari seluruh kekayaannya bila sudah mencapai batas nisab dan waktunya. Zakat disamping
dimaksudkan untuk menolong fakir miskin, juga guna mensucikan hartanya. Harta yang telah disucikan bakal mendatangkan barakah dan menghindarkan pemiliknya dari siksa api neraka. Harta yang barakah akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Sebaliknya, harta yang tidak barakah akan mengundang kekhawatiran dan
ketidaksejahteraan.

MARHABAN YA RAMADHAN.
WARKAH BUAT KAUM HAWA.
WAHAI HAWA..sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup2, tiada penghormatan walau secebis dr kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanyalah sbg alat untuk memuaskan nafsu semata. TAPI KINI bila "RAHMAT ISLAM" menyelubungi alam, bila sinar ISLAM BERKEMBANG, DARJAT KITA DI ANGKAT, MARUAH KITA TERPELIHARA, KITA DIHARGAI DAN DIPANDANG MULIA SERTA MENDAPAT TEMPAT DISISI ALLAH SWT sehingga tiada sebaik hiasan didunia melainkan "WANITA SOLEHAH".

WAHAI HAWA..kenapa engkau tak hargai nikmat iman cara islam itu? kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-NYA, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungan-NYA, kenapa masih was2 dalam mematuhi perintah-NYA dan kenapa masih tidak mahu menutup aurat.
WAHAI KAUM HAWA.. sedarkah kau tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia degan melahirkan manusia yang hebat yakni anak yang soleh & solehah, engkau juga bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan & sokongan pada suami yang sejati.dalam menegakkan islam di mata dunia.

TAPI..HAWA, jangan sesekali kau cba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dgn ayu wajahmu, dgn lenggok tubuhmu. jangan kau menghentak-hentaik kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. JANGAN HAWA JANGAN..jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yg bukan suamimu. jangan sesekali menggoda lelaki yg bukan suamimu kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan & kebencian ALLAH SWT.

WAHAI HAWA..andai engkau masih remaja, jadilah anak solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yg meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anak-anakmu sehingga anak-anak tidak gentar memperjuangkan AD-DIN ALLAH SWT.

WAHAI HAWA..jika engkau belum berkahwin, janganlah engkau risau akan jodohmu, ingatlah HAWA dengan janji ALLAH SWT , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menapakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian @ bertujuan memikat seorang lelaki kerani kau bukan memancing hatinya TAPI merangsang nafsunya. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yg bukan muhrimmu kerana aku khuatir dr mata turun ke hati maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus dan sekaligus disusuli dgn pertemuan dan dr pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yg menguasai diri.

WAHAI HAWA..lelaki yang baik tak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yg wara' tak menilai wanitamelalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuan nya mengoncang iman mereka. TETAPI HAWA..lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya & yg penting pegangan agamanya. LELAKI YANG BAIK juga tak menginginkan pertemuan dgn wanita yg bukan muhrimnya kerana takut memberi kesempatan syaitan menggodanya. LELAKI YANG WARAK juga tak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sesebuah pertemuan antara lelaki & wanita, yakni SEBUAH PERKAHWINAN (AQAD NIKAH).

OLEH ITU KAUM HAWA..jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta drpd ADAM untukmu, cukuplah hanya CINTA ALLAH SWT memenuhi dan menyanari kekosongan jiwamu, biarlah hanya CINTA DR KEDUA IBU BAPAMU yg memberi kekuatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar CINTA adik-beradik serta keluarga yg membahagiakan dirimu.

WAHAI HAWA..
CINTAILAH ALLAH SWT dikala susah dan senag kerana kau akan perolehi 'CINTA' dari insan yang juga menyintai ALLAH SWT. CINTALAH KELUARGAMU kerana kau tak akan jumpa cinta yg BAHAGIA selain drpd CINTA KELUARGA.

WAHAI HAWA..
Ingatanku padamu anak-anak, biarlah tangan yang menghayun buaian ini menggoncang dunia dalam mencapai keredhoan ALLAH SWT. Jangan sesekali tangan yang menggoncang dunia ini juga menggoncang iman lelaki, kerana aku sukar menerimanya dan terasa benci setiap kali mendengarnya. Jadilah ANAK, ISTERI DAN IBU YANG TERBAIK didunia ini sebagai perhiasan lambang WANITA SOLEHAH YANG SEJATI.

WASSALAM.


HIDUPLAH SEBAGAI ANAK-ANAK YANG SOLEH SOLEHAH. AMIN.

Alkisah, seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan ditepi sungai. Sedang dia berjalan, dia melihat seorang kanak-kanak sedang mengambil wudhuk sambil menangis. Setelah lelaki tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun bertanya, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis"? Kanak-kanak itu berkata, "Saya telah membaca ayat Al-Qur'an sehinnga sampai kepada satu ayat yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu" (Surah At-Tahrim : ayat 6). Saya menangis sebab saya takut akan di masukkan kedalam api neraka. Berkata lelaki tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut. Sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka sebab kamu masih mumayiz." Berkata kanak-kanak itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal. Tidakkah pak cik melihat orang yang menyalakan api, maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu, kemudian baru diletakkan kayu yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa. Berkata lelaki tua itu sambil menangis, "Sesungguhnya anak kecil yang suci ini lebih takut kepada neraka berbanding orang dewasa. Maka bagaimanakah keadaan kami nanti".

Dikisahkan, bahawa ada seorang ahli ibadah bernama ISAM BIN YUSUF, dia sangat warak dan khusyuk sembahyangnya. Namun demikian, dia selalu khuatir jika ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya.

Pada suatu haru ISAM menghadiri majlis seorang abid bernama HATIM AL-ASAM dan bertanya:"Wahai Aba Abdurrahman (nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?''

Berkata HATIM. "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin." Bertanya ISAM,"Bagaimana wuduk batin itu?''
Maka HATIM pun menjawab, "WUDUK ZAHIR sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air.

Sementara WUDUK BATIN ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali akan dosa yang telah di lakukan, tidak tergila-gila dengan dunia, tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia, meninggalkan sifat bermegah-megahan, meninggalkan sifat khianat dan meninggalkan sifat dengki sesama manusia." Seterusnya HATIM berkata lagi, "Kemudian aku pergi ke masjid, ku kemaskan semua anggotaku menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan Aku bayangkan ALLAH SWT dihadapanku, SYURGA disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, MALAIKAT MAUT dibelakangku. Dan ku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian SHIRATUL MUSTAQIM' dan aku menganggap bahawa sembahyangku kali ini adalah sembahyang kali terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapandan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku sembahyang selama ini. Apabila ISAM BIN YUSUF mendengar, maka menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan HATIM AL-ASAM.

7 GOLONGAN YANG DI LINDUNGI ALLAH S.W.T.

Hadis sahih Bukhari,daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda:
tujuh golongan dilindungi ALLAH SWT dan dibawah lindungan ALLAH SWT pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan ALLAH SWT adalah:

1) Imam(pemimpin) yang adil
2) pemuda yang hidup dalam beribadat kepada ALLAH SWT
3) Orang yangmengingati ALLAH ketika bersendirian lalu menitiskan air matanya.
4) orang yang hatinya tergantung pada masjid
5) dua orang yang saling berkasih sayang kerana ALLAH semata-mata.
6) lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat yang cantik,tetapi dia mengatakan " aku takutkan ALLAH SWT"
7) orang yang bersedekah dan menyembunyikan sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.