Jumaat, 4 Jun 2010

BISMILLAH

ALHAMDULILLAH DI MULAKAN DENGAN MEMUJI ALLAH S.W.T SERTA MEMOHON SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN RASULULLAH S.A.W, PARA SAHABAT DAN PARA UMATNYA YANG MEMPERTAHANKAN PERJUANGAN AGAMA YANG BENAR.

 SEMANGAT DALAM MENCARI ILMU PENGETAHUAN
" Berangkatlah kamu dalam keadaan ringan atau berat dan berjihadlah dengan diri dan harta kamu di jalan Allah S.W.T. "
(Surah At-Taubah 9:41)
Semangat keislaman yang tinggi sudah dapat di lihat pada setiap belia-belia di zaman para-para sahabat dimana kanak-kanak pada ketika itu sentiasa di dalam genggaman tangan kedua ibu bapa mereka bukan untuk dibelai dengan sifat kemanjaan yang berlebihan tetapi genggaman sebagai cahaya yang sentiasa menerangi hati dan jiwa anak-anak dengan kepentingan ajaran islam.
Cintailah anak-anak dengan rasa cinta berjiwa Islam semoga anak-anak juga belajar menyintai keindahan Islam. Dengan rasa Cinta Islam terdidiklah anak-anak yang berjiwa kental, semangat, kuat, sabar, sentiasa tenang untuk menghadapi segala ujian yang tiba dan tabah di uji dengan redho.      

         "WAHAI SAHABATKU..LIHATLAH WAJAH ANAK-ANAK KITA YANG DILAHIRKAN PENUH KESUCIAN INI DENGAN RASA KASIH DENGAN RASA SAYANG YANG SANGAT MENDALAM. JAUHILAH DARI RASA BEBAN APATAH LAGI DENGAN RASA BENCI. SESUNGGUHNYA DOA ANAK-ANAK KITA YANG SOLEH SOLEHAH INI MEMBERI "KEBAHAGIAAN & KETENANGAN" YANG ABADI UNTUK KITA DISANA KELAK."  AMIN.

ZURIAT YANG BAIK ADALAH DARI IBU BAPA YANG SENTIASA ISTIQAMAH DENGAN BAIK.

SIAPA AKU ?.

Dalam usia belasan tahun dan awal 20-an mmg usia yg tgh berkembang. (usia yg ingin mencari IDENTITI sendiri). Tetiba saya teringat satu kisah yg berlaku pada seorang SI GADIS yang berpakaian sopan tp berjiwa memberontak yg boleh dijadikan pengajaran.

Asalnya Si GADIS ini bersekolah agama dan tinggal di asrama sampai ke peringkat pengajian tinggi. Dia hanya seorang gadis biasa yang bercita-cita tinggi ingin menjadi seseorang yang disegani dan berjaya dalam kerjaya berjaya dalam hidupnya. Tapi dalam pada masa yang sama jiwanya sering memberontak inginkan KEBEBASAN. BEBAS memilih kerjaya, BEBAS dalam buat keputusan, BEBAS kemana saja tanpa pengawasan dari keluarga, saudara atau kawan2. Jiwanya ingin berhijrah di satu tempat yang asing dan nak mulakan satu kehidupan secara BERDIKARI.

Tapi inikan mustahil untuk seorang gadis berhijrah seorang diri. Tapi kerana keinginan yang sangat tinggi akhirnya tamat saja pengajian Si Gadis ini berhijrah juga seorang diri ke negeri yang asing bg dirinya. Ibu bapanya hanya mampu mengalirkan AIRMATA dgn kedegilan anaknya sehinggakan menjadi kes polis kerana menyangka anaknya LARI dari RUMAH.

Bermula EPISOD BARU sebagai Si GADIS yg berdikari. Dia berhijrah bukan hasutan sesiapa walaupun ada sesetengah mengatakan ini hasutan seseorang yg bernama lelakii. Sedangkan Si Gadis itu sendiri tak percayakan lelaki. Namun begitu dalam masa yg sama ada seorang TEMAN yg begitu setia menanti JAWAPAN dr Si Gadis tapi Si Gadis tetap melangkah pergi dgn keputusannya dan dgn begitu yakin dia melangkah memulakan kerjayanya.

Pelbagai kerjaya yang Si Gadis mencuba bermula sebagai JURUWANG di stesyen minyak ESSO Sg.Petani, berhijrah pula ke Perlis bekerja sbg GURU TADIKA, kemudian ke K.L hampir2 bekerja sbg PEMBANTU RUMAH, kemudian ke Shah Alam sbg KERANI DATA, kemudian ke simpang Kuala,Alor star sbg JURUJUAL dr rumah ke rumah(direct selling), kemudian ke Pulau Pinang dan hampir2 BEKERJA KILANG, kemudian ke Buterworth bekerja sebagai AGEN kelas tusyen B.i, kemudian Si Gadis menyewa sebuah rumah di kampung dgn seorang tok yg meminta MENGAJAQ cucunya MENGAJI, Si Gadis di minta ketua kampung MENGAJAQ TUITION untuk budak2 kampung yg akan menduduki UPSR, kemudian kembali semula ke bandar asalnya Alor Star dan bekerja sbg PEMBANTU KLINIK,

Sepanjang tempoh dalam 2 tahun lebih Si Gadis mendapat pengalaman dalam pelbagai kerjaya yang pastinya REZEKI HALAL. Si Gadis ini kuat semangat kerana dia sentiasa ingat untuk berdiri dihadapan sejadah untuk BERSOLAT.Sepanjang tempoh ini jugak pelbagai dugaan yang datang, difitnah, di aniayai, ditipu, dimarah, dicaci, segala pahit manis SI GADIS TABAH harungi sendiri hanya ditemani TAWA & AIRMATA tp Si Gadis tetap BAHAGIA kerana IMPIAN untuk BERDIKARI terlaksana jua sebelum melangkah ke alam PERKAHWINAN yg lain kehidupannya.

Tempoh BERDIKARI Si Gadis seorang diri SUDAH TAMAT.

KINI BERMULA ALAM MEMBINA MAHLIGAI KASIH.Tiba2 TEMAN SETIA yg menunggu JAWAPAN Si Gadis datang melamar dgn harapan yg sangat IKHLAS. Akhirnya terjadinya IJAB & QABUL yg menyatukan DUA INSAN SEHATI SEJIWA SALING SETIA.

Di Awal alam perkahwinan masih Si Gadis masih terbawa2 nak berusaha cari duit sendiri tanpa bantuan suami. Si Gadis mula bekerja kembali sbg KERANI KEWANGAN di Perodua Alor Star, kemudian mengikut suami ke Langkawi, bekerja sbg KERANI DATA.

Sehinggalah Si Gadis mendapat HADIAH yang paling INDAH dalam hidupnya ZURIAT. kini kerjaya tetap Si Gadis hanyalah sebagai ANAK yang sentiasa kasih & sayangkan ibu bapanya, ISTERI yg sentiasa cinta & setia disisi suaminya, MENANTU yg sentiasa menghormati mentuanya, IBU yang sentiasa mendidik dan menjadi sahabat baik pada anak-anaknya, KEKASIH yg setiap hari cintakan suaminya, SAHABAT yg sentiasa rindukan kawan-kawannya, dan KERJAYA paling indah kini untuk Si Gadis adalah sentiasa mendekatkan diri dengan MAHA PENCIPTA.
ALLAHHU AKBAR.

(Siapa SI GADIS ? itulah AKU).

P/S: TERIMA KASIH SUDI MEMBACA. SAYA SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN YANG BANYAK MENGAJAR DIRI TENTANG KEHIDUPAN, TENTANG KASIH SAYANG, TENTANG PENGORBANAN DAN SENTIASA BERSYUKUR DENGAN APA DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. SESUNGGUHNYA APA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH SWT DAN APA YANG KURANG ITU ADALAH DARI KELEMAHAN DIRI SENDIRI.

SUAMI TEMAN HIDUPKU DIDUNIA HINGGA DISYURGA.

AKU BERSYUKUR MEMILIKI SEORANG SUAMI YANG SANGAT BAIK TERHADAPKU. SANGAT ADIL KEPADA KELUARGA, IBU BAPA, ADIK-BERADIK, SAHABAT, JIRAN TETANGGA TANPA MENGIRA BANGSA DAN JUGA SANGAT BAIK TERHADAP SAUDARA SESAMA ISLAM.


SUAMIKU,
WALAUPUN DIRIMU TEGAS DALAM BERKATA-KATA, BERDISPLIN DALAM KERJAYA HAKIKATNYA DIRIMU SEORANG INSAN, SEORANG ANAK, SEORANG MENANTU, SEORANG SUAMI, SEORANG AYAH, SEORANG TEMAN YANG SANGAT BERHATI MULIA. DIRIMU SENTIASA BERSANGKA BAIK DAN BERSIKAP POSITIF PADAKU.


DI SAAT AKU MEMERLUKANMU, DIRIMU SENTIASA ADA DISISIKU
DI SAAT AKU BERSEDIH, DIRIMU MENGEMBIRAKANKU DGN TELATAH LUCUMU
DI SAAT AKU GEMBIRA, DIRIMU SENYUM PADAKU
DI SAAT AKU CEMBURU, DIRIMU TENANGKAN JIWAKU
DI SAAT AKU MARAH, DIRIMU SABAR DGN KERENAHKU
DI SAAT AKU BERMASAALAH, DIRIMU MEMBERI SEMANGAT POSITIF UNTUKKU
DI SAAT AKU INGIN BERBICARA, DIRIMU MENJADI PENDENGAR YG SETIA
DI SAAT AKU MEMERLUKAN BIMBINGAN, DIRIMU MEMIMPINKU DGN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN


SUAMIKU
SEJAK DIRIMU MELAFAZKAN KATA CINTA UNTUKKU
DIRIMU SENTIASA MENGANGGAP DIRIKU CIPTAAN TERISTIMEWA DLM HIDUPMU
TERLALU BESAR PENGORBANANMU
TERLALU DALAM KEPERCAYAANMU
TERLALU LUAS KESETIAANMU
TERLALU INDAH KEPERIHATINANMU
TERLALU ISTIMEWA KASIH SAYANGMU
SEGALANYA
DIRIMU HADIAHKAN UNTUKKU


SUAMIKU
TERIMA KASIH, KEKASIHKU
MENYINTAIKU SEIKHLAS JIWAMU
MENYAYANGI ANAK-ANAK KITA DGN SETULUS HATIMU
SENTIASA MENDIDIKKU MENJADI SEORANG INSAN, SEORANG ANAK YG BAIK SEPERTIMU
SENTIASA MEMBIMBINGKU MENJADI SEORANG ISTERI DAN IBU MITHALI


SUAMIKU
KEJUJURANMU, KEPERCAYAANMU, KESETIAANMU, KASIH SAYANGMU, KEIKHLASANMU
MEMBUATKAN KITA SENTIASA BERKONGSI SEGALA PAHIT MANIS BERSAMA
BERKONGSI RAHSIA DAN KUAT BERPEGANG PADA JANJI KITA


SUAMIKU
DOAKU,
SEMOGA DIRIMU BERJAYA DGN KERJAYAMU DI IRINGI DGN REZEKI YANG HALAL
REZEKI YANG DI BERKATI ALLAH SWT
SEMOGA DIRIMU SENTIASA BAHAGIA DISISIKU DAN ANAK-ANAK
SEMOGA DIRIMU SENTIASA MEMBIMBINGKU DAN ANAK-ANAK KITA KE JALAN YANG DI REDHOI
ALLAH SWT
SEMOGA DIRIMU&DIRIKU SALING SETIA HINGGA KE SYURGA DISISI ANAK-ANAK TERCINTA
SEMOGA DIRIMU SENTIASA TENANG DIDALAM LINDUNGAN ALLAH SWT
SEMOGA DIRIMU MENJADI SEORANG MUSLIM YANG KUAT MEMPERJUANGKAN AGAMA KITA YANG BENAR, AGAMA ISLAM.
ALLAHHU AKBAR.
AMIN.


LUAHAN RASA BISIKAN IKHLAS
DR ISTERIMU NUR SYUHAIRAH BT RIDZUWAN
HANYA UNTUK SUAMIKU
YANG SENTIASA MEMANGGILKU 'HOURI'
YANG SENTIASA MENGANGGAP DIRIKU 'BIDADARI' DLM HIDUPMU
MOHD MUSLIM BIN MD.YATIM
NAMA SUAMIKU
KETAHUILAH ISTERIMU SANGAT MENYINTAIMU
SEJAK DIRIMU MELAFAZKAN IJAB & QABUL
DAN MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN
SBG MAHAR PERKAHWINAN KITA, ATAS PERMINTAANKU
TERIMA KASIH
SUAMIKU YANG AMATKU KASIHI


SALAM TERISTIMEWA BUAT SUAMIKU DR ISTERIMU 'HOURI' .


ANAKKU 
 ALHAMDULILLAH. AKU TERIMA BERITA YANG PALING MEGGEMBIRAN AKU WAKTU HUJUNG TAHUN 2006 AKU MENGANDUNG 8 MINGGU SELEPAS DAHULU KANDUNGAN PERNAH ADA MASALAH. INI KIRANYA KANDUNGANKU YANG KEDUA. SETIAP HARI AKU LALUI KEHIDUPAN DGN PENUH SEMANGAT DEMI ANAKKU.
AKU RINDU SGT NAK MEMBELAI DAN MENYAYANGI ANAKKU SEPENUH JIWA. DAHULU MUNGKIN AKU TERLEKA HINGGA KESIHATANKU TERJEJAS. AKU MENARUH HARAPAN YANG TINGGI UNTUK MENYAMBUT ANAKKU INI DENGAN SELAMAT.

SETIAP SAAT SETIAP HARI..IBU SLALU BERBICARA DGN ANAK IBU..IBU BERBISIK IBU RINDU SAYANG NAK TATAP WAJAH ANAK IBU..SEMOGA ANAK IBU MENJADI ANAK YANG KUAT IMANNYA..ANAK YANG AKAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM YANG BENAR..AMIN.

TANGGAL PENGHUJUNG APRIL KANDUNGAN SUDAH MENCECAH 7 BULAN. AKU DAPAT RASA SESUATU YANG AGAK LAIN DGN KANDUNGANKU..KENAPA ANAK IBU KURANG BERGERAK?..ANAK IBU TIDOQ YA?.. SIAN ANAK IBU..IBU SIBUK BEKERJA..ANAK IBU TENTU LETIH..SETIAP KALI TERLELAP TERASA ANAK MEMANGGIL IBU..IBU..IBU..ADA MASA TETIBA JA RASA SAYU..RASA SEDIH..KENAPA YA? MUNGKIN PERASAANKU SAJA KUT..BANYAK SGT BERFIKIR..

ESOKNYA AKU TERASA TERINGIN SKALI NAK TENGOK KEADAAN ANAK DI DALAM KANDUNGANKU..SIHATKAH ANAK IBU? DI HOSPITAL DOKTOR DGN YAKIN KATA ANAKKU SIHAT MUNGKIN CUMA SAIZ TUBUHNYA KECIL SAJA. ALHAMDULILLAH YANG PENTING ANAKKU SIHAT. TAPI KENAPA AKU TAK YAKIN DGN KATA2 DOKTOR..NALURI SEORANG IBU KUAT MENGATAKAN ANAK AKU INGIN SAMPAIKAN SESUATU..AKU MESTI JUMPA DOKTOR LG..AKU AJAK SUAMIKU WALAUPUN ABANG SEBENAQNYA RASA AKU MUNGKIN TERTEKAN DAN BYK BERFIKIR..TP SUAMIKU SEORANG TEMAN YG SETIA TETAP MENEMANIKU SBB NAK BUAT AKU LEBIH TENANG..KAMI JUMPA DOKTOR DI KLINIK SWASTA (PAKAR MAHSURI JITRA).

SEPANJANG DI KLINIK..AKU BERDOA SEMOGA AKU DAPAT BERITA YANG POSITIF YANG MEYAKINKANKU ANAKKU SIHAT..BILA NAMA AKU DI PANGGIL JANTUNG BERDEGUP KUAT SGT..APA YG DOKTOR NAK CAKAP NI? RISAU AKU?
DOKTOR SCAN..DAN DOKTOR TUNJUKKAN TULANG BELAKANG ANAKKU..SEMPURNA SIHAT..TANGAN KAKI..SIHAT..SEMUA BENTUK FIZIKAL DALAM DAN LUAR SEMPURNA..JANTUNG SEMPURNA..CUMA SATU..KATA DOKTOR DENGAN TENANG SUPAYA AKU BERSABAR..KATA DOKTOR..JANTUNG ANAKKU DAH BERHENTI BERDEGUP.

YA ALLAH SWT..

AKU DAN SUAMIKU MENDENGAR DENGAN REDHO..AKU TAHU DARI SENYUMAN ABANG UNTUK KUATKAN SEMANGAT AKU..TERIMA KASIH ABANG HADIAH SENYUMAN UNTUK AKU..SENYUMAN YG BUAT AKU KUAT WALAUPUN AKU TAHU ABANG JUGA SAMA SEPERTIKU RASA NAK MENANGIS SEPUASNYA..KAMI RASA CUKUP DGN TITISAN AIRMATA DI IRINGI SENYUMAN..AKU TAHU ANAKKU PERGI DGN AMAN DAN TENANG..PERGI BERTEMU DGN YANG MAHA KUASA..PERGI KEPADA YANG LEBIH MENYAYANGI ANAKKU.
ANAK IBU SAYANG..ABAH LETAKKAN NAMAMU HURUL'AIN MAKNANYA ''CAHAYA MATAKU BIDADARI DISYURGA''..ANAKKU..IBUMU DAN JUGA ABAHMU REDHO DAN RASA BAHAGIA KERANA ANAK IBU PERGI DALAM KEADAAN YANG SUCI BERSIH..PERGI KE TEMPAT YANG ABADI IAITU SYURGA YANG INDAH..TUNGGU IBU DAN ABAH YA, SAYANG.

ALHAMDULILLAH TANGGAL 07.05.2007..JAM 8.35 MALAM..AKU MELAHIRKAN HURUL 'AIN DENGAN SELAMAT DAN SEMPURNA..AKU TATAP WAJAH MERAH ANAKKU SEPUASNYA..COMELNYA ANAK IBU..SANGAT COMEL..AKU RASA TENANG DAN BOLEH TERSENYUM DGN IKHLAS..AKHIRNYA IBU DAPAT DAKAP ANAK IBU..BELAI ANAK IBU..SENTUH JARI HALUS ANAK IBU..URUT UBUN KEPALA ANAK IBU..LEGA RASANYA..ANAKKU..ABAH NAK DAKAP DIRIMU JUGA..TERIMA KASIH ABANG SEMPURNAKAN JENAZAH ANAK KITA DGN BAIK.
ALHAMDULILLAH..MUDAHNYA URUSKAN JENAZAH ANAKKU.. KEBETULAN SEWAKTU NAK SOLAT JENAZAH..ADA SEKUMPULAN MUSAFIR DATANG..GOLONGAN TABLIGH SEDANG SEMPURNAKAN JENAZAH ORANG LAIN..KEMUDIAN MENYEMPURNAKAN SOLAT UNTUK ANAKKU..YA ALLAH SWT..TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA KURNIAAN-MU.

WAHAI ANAKKU HURUL 'AIN..KAMU ADA SAUDARA SBLM KAMU..ANAK IBU JUGAK YG PERGI TERLEBIH DAHULU SBLMMU..SAYANG..ANAK-ANAK IBU..BERBAHAGIALAH KAMU DI SANA..DI SISI MAHA PENCIPTA..MAHA PENYAYANG..IBU AKAN DATANG BILA TIBA MASA IBU..
ANAK-ANAKKU..IBU BERSYUKUR SANGAT DI SEBALIK UJIAN YANG IBU LALUI..IBU TAHU TENTU ALLAH SWT NAK HADIAHKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK IBU DAN ABAH.

ALHAMDULILLAH AWAL TAHUN 2008..AKU DISAHKAN DOKTOR MENGANDUNG 5 MINGGU..YA ALLAH SWT..HAMBA-MU INI SANGAT BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMAT-MU INI YA ALLAH SWT..
ALHAMDULILLAH..19.11.2008 JAM 8.35 MALAM (WAKTU LAHIR YG SAMA DGN HURUL 'AIN)..LAHIRNYA ANAKKU ''MUHAMMAD 'ABDUR ROBBUN NABI BIN MOHD MUSLIM''..DITEMANI SUAMIKU..MELAUNGKAN AZAN DAN IQAMAT DI TELINGA KANAN DAN KIRI ANAKKU..YA MUHAMMAD 'ABDUR ROBBUN NABI BIN MOHD MUSLIM..ANAK IBU YANG SANGAT COMEL..SANGAT BAIK..SANGAT MEMAHAMI IBU..SANGAT CERDIK..ANAK YANG SOLEH..ANAK YANG SANGAT SUKA MENDENGAR AZAN DAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN..ANAK YANG SUKA MENEMANI IBU KETIKA IBU MENUNAIKAN SOLAT..SUKA MENADAH TANGAN KETIKA MENDENGAR DOA..SUNGGUH INDAH CIPTAAN-MU YA ALLAH S.W.T..ALHAMDULILLAH.

WAHAI ANAKKU MUHAMMAD..MARI TEMANKAN IBU LAWAT SAUDARA SEBELUMMU..''SUCI'' DAN KAKAKMU ''HURUL 'AIN BINTI MOHD MUSLIM''.

SALAM KASIH BUAT SUAMIKU YANG SETIA MENEMANIKU DI SAAT AKU MEMERLUKANNYA..TERIMA KASIH SUAMIKU.

TERIMA KASIH JUGAK UNTUK SANAK-SAUDARA, JIRAN-TETANGGA DAN SAHABAT YANG SENTIASA MEMBERI SOKONGAN YANG POSITIF UNTUKKU.

ABAH AKAN SENTIASA MENYAYANGI ANAK-ANAK ABAH.
ARWAH HURUL 'AIN BINTI MOHD MUSLIM.
KITA JUMPA DI SANA ANAKKU
TUNGGU IBU YA, SAYANG. IBU AKAN SENTIASA MERINDUIMU DAN MENYAYANGI ANAK-ANAK IBU.

KEKASIH IDAMANKU

KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG INSAN YANG BERIMAN
YANG HATINYA DI SALUT RASA TAQWA KEPADA ALLAH S.W.T
YANG JIWANYA PENUH PENGHAYATAN TERHADAP ISLAM
YANG SENTIASA DAHAGAKAN PAHALA
YANG SOLAT ADALAH MARUAH DIRINYA
YANG TIDAK PERNAH TAKUT BERKATA BENAR
YANG TIDAK PERNAH GENTAR MELAWAN HAWA NAFSU
YANG SENTIASA BERSAMA GOLONGAN YANG BERJUANG DI JALAN ALLAH S.W.T

KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG INSAN MENJAGA TUTUR KATANYA
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN ILMU YANG DI MILIKINYA
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN HARTA DUNIA YANG DI CARINYA
YANG MEMPUNYAI RAMAI SAHABAT DAN TIDAK SUKA BERMUSUH

KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG INSAN YANG MENGHORMATI IBUNYA
YANG SENTIASA BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA DAN KELUARGANYA
YANG BAKAL MENJAGA KERUKUNAN RUMAH TANGGANYA
YANG AKAN MENDIDIK ANAK-ANAKNYA DENGAN ILMU DUNIAWI DAN UKHRAWI
YANG SENTIASA MENGAMALKAN HIDUP PENUH KESEDERHANAAN
KERANA BAGINYA DUNIA ADALAH MAHLIGAI PERSINGGAHAN SEMENTARA MENUJU AKHIRAT

KEKASIH IDAMANKU SENTIASA BERSEDIA MENJADI PEJUANG ISLAM
YANG HIDUP DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN
YANG BOLEH DI AJAK BERBINCANG
YANG MENJAGA MATANYA DARI BERBELANJA
YANG SUJUDNYA PENUH KESYUKURAN DENGAN RAHMAT ALLAH S.W.T

KEKASIH IDAMANKU TAK PERNAH MEMBAZIRKAN MASA
MATANYA KEPENATAN KERANA PENAT MEMBACA ILMU YANG BAIK
SUARANYA LESU KERANA SENTIASA MENGAJI DAN BERZIKIR
TIDURNYA LENA DI ULIT OLEH SINAR KEIMANAN
BANGUN SUBUH DENGAN PENUH KECERGASAN
KERNA SEHARI LAGI DI USIANYA BERTAMBAH PENUH KEMATANGAN

KEKASIH IDAMANKU SENTIASA MENGINGATI MATI
YANG BAGINYA DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT
YANG MANA BUAH KEHIDUPAN PERLU DI JAGA DAN DI BAJA
AGAR KELAK BERPUTIK TUNAS YANG BAKAL MENJADI BAKA YANG BAIK
YANG AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN ISLAM

KEKASIH IDAMANKU ADALAH SEORANG SUAMI
YANG TIDAK TERPESONA DENGAN BUATAN DUNIA
KERANA DIA MENGIMPIKAN SYURGA NAN ABADI
DI SITULAH MAHLIGAI KASIH IDAMANNYA
DAN DIA AKAN MEMBAWA DIRIKU BERSAMANYA
SEBAGAI SEORANG 'ISTERI' YANG HALAL
BAGINYA DIRIKU ADALAH 'BIDADARI' YANG SETIA
MENEMANIYA SEPANJANG MASA HINGGA DI SYURGA SANA

DIALAH KEKASIH IDAMANKU
MOGA AKU AKAN SENTIASA BAHAGIA DISISINYA
BERSAMA ANAK-ANAK TERCINTA
DI BAWAH PAYUNG RAHMAT ALLAH S..W.T
AMIN.
MUHAMMAD 'ABDUR ROBBUN NABI BIN MOHD MUSLIM. BAKAL IMAM YG BERJAYA DALAM HIDUPNYA, AMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan