Alkisah, seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan ditepi sungai. Sedang dia berjalan, dia melihat seorang kanak-kanak sedang mengambil wudhuk sambil menangis. Setelah lelaki tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun bertanya, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis"? Kanak-kanak itu berkata, "Saya telah membaca ayat Al-Qur'an sehinnga sampai kepada satu ayat yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu" (Surah At-Tahrim : ayat 6). Saya menangis sebab saya takut akan di masukkan kedalam api neraka. Berkata lelaki tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut. Sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka sebab kamu masih mumayiz." Berkata kanak-kanak itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal. Tidakkah pak cik melihat orang yang menyalakan api, maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu, kemudian baru diletakkan kayu yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa. Berkata lelaki tua itu sambil menangis, "Sesungguhnya anak kecil yang suci ini lebih takut kepada neraka berbanding orang dewasa. Maka bagaimanakah keadaan kami nanti".
Dikisahkan, bahawa ada seorang ahli ibadah bernama ISAM BIN YUSUF, dia sangat warak dan khusyuk sembahyangnya. Namun demikian, dia selalu khuatir jika ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya.
Pada suatu haru ISAM menghadiri majlis seorang abid bernama HATIM AL-ASAM dan bertanya:"Wahai Aba Abdurrahman (nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?''
Berkata HATIM. "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin." Bertanya ISAM,"Bagaimana wuduk batin itu?''
Pada suatu haru ISAM menghadiri majlis seorang abid bernama HATIM AL-ASAM dan bertanya:"Wahai Aba Abdurrahman (nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?''
Berkata HATIM. "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin." Bertanya ISAM,"Bagaimana wuduk batin itu?''
Maka HATIM pun menjawab, "WUDUK ZAHIR sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air.
Sementara WUDUK BATIN ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali akan dosa yang telah di lakukan, tidak tergila-gila dengan dunia, tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia, meninggalkan sifat bermegah-megahan, meninggalkan sifat khianat dan meninggalkan sifat dengki sesama manusia." Seterusnya HATIM berkata lagi, "Kemudian aku pergi ke masjid, ku kemaskan semua anggotaku menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan Aku bayangkan ALLAH SWT dihadapanku, SYURGA disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, MALAIKAT MAUT dibelakangku. Dan ku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian SHIRATUL MUSTAQIM' dan aku menganggap bahawa sembahyangku kali ini adalah sembahyang kali terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapandan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku sembahyang selama ini. Apabila ISAM BIN YUSUF mendengar, maka menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan HATIM AL-ASAM.
7 GOLONGAN YANG DI LINDUNGI ALLAH S.W.T.
tujuh golongan dilindungi ALLAH SWT dan dibawah lindungan ALLAH SWT pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan ALLAH SWT adalah:
1) Imam(pemimpin) yang adil
2) pemuda yang hidup dalam beribadat kepada ALLAH SWT
3) Orang yangmengingati ALLAH ketika bersendirian lalu menitiskan air matanya.
4) orang yang hatinya tergantung pada masjid
5) dua orang yang saling berkasih sayang kerana ALLAH semata-mata.
6) lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat yang cantik,tetapi dia mengatakan " aku takutkan ALLAH SWT"
7) orang yang bersedekah dan menyembunyikan sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan